Thursday, December 29, 2011

final exam - 4th year_1st sem




final exam start 29/12/11 sampai 15/1/12..

tp, paper 1st sy start tahun depan, 3 jan 2012...
pastu 6 jan, 7 jan.. dan paper t'akhir 14 jan 2012 =D

ucapan sy utk kwn2:
gud luck utk peperiksaan akhir
sori klu ada wat slh.. halal smua ilmu...
semoga ALLAH permudahkan kita utk menjawab...
semoga kita smua m'dpt result yg baik.. insyaALLAH, aminn..
YAKIN dgn ALLAH.. semoga kita smua di rahmati ALLAH...

utk diri sendiri:
gud luck suraya
semoga ALLAH permudahkan sgla nya..permudahkan utk blajar n m'jwb soalan
exam..insyaALLAH, aminn =D
YAKIN dgn ALLAH...
ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA...
via Zaharuddin.net

Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;

Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya

Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya.

sumber: ilmi-islam.com

Wednesday, December 21, 2011

klas EOP



nie grup utk subject EOP..
english for occupational purpose...

ahli2 grup sy : atin, qilah, ezzah, carem, suraya n ameerah...

1st time group dgn bdk international...
mula2 rasa takut...
tp, sbnrnya
si ameerah nie sgt2 laa friendly nyer..

alhmadulillah..
smua saling membantu...
dan dpt 'improve'kan english..
hehehehehe.....

mula2 pening gak nak wat project nie..
hanay ALLAH yg tahu..
betapa cuaknyer km...
takut nyerrrr
pening2...
xpaham...
mcm2 prasaan bercampur baur...

pertama kali nk present style business nie
bdk engin, kena present mcm bdk econ..
byk aspect yg kena amik tahu...
kepentingan pelanggan, pengguna n diri sndri...

ALHAMDULILLAH...
ALLAH permudahkan km....
ALLAH permudah kn km utk present...
dan ALHMADULILLAH, madam puas hati...
dan ckp "EXCELLENT"...
Alhamdulillah...
syukur...

thank you ALLAH...
thank you kt team members....
tq madam...
tq kt kwn2 kelas...
^____~

Monday, December 19, 2011

I've been proposed & I'm engaged :D



serius rasa sweet sgt2 bila tgk video nie...
harap bro + sis nie berkekalan smpai JANNAH.. amin...

sgt2 tersentuh bila tgk.... sweet n comey....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (QS 2:216)"

Sunday, December 11, 2011

'Dean list' kerana Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam


'Dean list' kerana Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka.

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.

Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". Saya juga pernah meletakkan target sedemikian.

Timbulnya pendapat seperti di atas membuat aku sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun aku tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list?

Pernah dikisahkan tentang seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah?

Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah.

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

Dimana silapnya?

Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulan

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam.


nie laa, penulis utk artikel nie::
Muhammad Fahmi Bin Md Yusof Pelajar perubatan tahun 2 di Jordan University of Science and Technology, Irbid, Jordan. http://kunzalameyh.blogspot.com/.



mengapa perempuan perlu jadi muslimah sejati?..


sy ada bc artikel ni dr ilmi-islam pnya website ->
tekan sini


sgt tertarik dgn artikel nie.. and nak share dgn smua =D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Setiap perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, seperti bagaimana ingin menjadi yang terbaik? Walau zahir mereka nampak kabur namun jauh di lubuk hati mereka ingin berubah. Mereka tidak pinta mereka kabur namun hati mereka tidak kukuh untuk melangkah keluar daripada zon selesa yang sedia ada. Apetah lagi, tiada dorongan yang kuat daripada sekeliling membuatkan mereka hanya membiarkan niat itu usang di dalam hati tanpa diekspresikan melalui amalan.

“Sesungguhnya agama seseorang adalah bergantung kepada agama (cara hidup) sahabatnya”

Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam mencari kawan. Jika baik sahabatnya, baiklah juga dirinya dan sebaliknya. Suasana sekeliling itu sangat penting pada diri seseorang dalam proses untuk dia berhijrah ke jalan Allah.

Oleh sebab itu, kita digalakkan agar berada dalam sekeliling yang baik dan membantu dalam penghijrahan kita ke jalan-Nya. Jika tidak, melesetlah hidup kita kerana mereka. Bukanlah bermaksud kita patut menjauhkan sahabat yang kurang baik tetapi kita digalakkan untuk mencari sahabat yang baik di sampung menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu terutamanya untuk sesiapa yang mula ingin mencari nafas baru ke alam kehidupannya yang baru untuk berhijrah di bumi Jihad hanya kerana Allah.

Namun masih, perempuan yang kabur zahirnya terus mengaburkan hatinya sedangkan Allah telahpun membuka hatinya untuk menerima hidayah. Mereka tidak berusaha untuk mengekspresikan apa yang ingin diubah kepada amalan. Kerap kali sahaja mereka dinasihatkan untuk berubah ke arah kebaikan namun mereka terus menerus mengabaikannya sekaligus menutupkan pintu hati mereka daripada menerima hidayah Allah.

“Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.”

Tahukah anda? Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk Neraka. Perempuan juga sangat berkuasa kerana menjadi fitnah kepada dunia. Oleh sebab kekuasaannya itulah mereka dapat memasukkan lelaki ke dalam Neraka. Terdapat 4 golongan lelaki yang masuk Neraka kerana perempuan:

1. Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suami

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di Akhirat.

4. Anak Lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di Akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Wahai anak perempuan,
Tidakkah dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau. Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”

Haruskah dikau menyalahkan ayah semata-mata kerana dia tidak memberi penekanan yang tegas kepadamu sebagai seorang perempuan? Adakah dikau tidak menyayangi ayahmu? Sanggupkah dikau biarkan ayahmu masuk Neraka HANYA KERANAMU? Mengapa tidak mahu dikau sendiri yang berubah kerana dikau ingin menjaga ayah daripada ditarik ke Neraka?

Sungguh dikau SANGAT KEJAM kerana dikau sengaja biarkan ayahmu ditarik ke dalam Neraka. Dia ayahmu, dia ayahmu, dia ayahmu. Selangkah ayahmu ingin masuk ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Selangkah lagi ayah menuju ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Kasihanilah ayahmu.

Mungkin dia tidak tegas dalam penekanan didikan agama ke dalam dirimu tetapi sanggupkah dikau biarkan ayah masuk Neraka??

Tidakkah dikau sayang dan kasihkan ayahmu??

Sanggupkah dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA KERANAMU??

Dia ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak yang penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau persalahkan dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?



Wahai isteri,
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.

Sanggupkah dikau membiarkan dia ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan suami yang dikau cintai ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun dia diam dengan dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.



Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.

Sanggupkah dikau biarkan abang yang berpenat lelah mengganti ayah mencari nafkah ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan abang yang memanjakanmu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan abang yang menjadi tempat kau adu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun abang diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.



Wahai ibu,
Anak lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana dialah darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika kecil, yang dikau suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia perlukan. Ibu, dia anakmu. Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat dalam.

Sanggupkah dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sanggupkah dikau biarkan anak lelaki yang dikau lahirkan, suapkan makan dan berikan keperluan, ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??

Sungguh biarpun dia diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.

Sanggupkah kita membiarkan mereka ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU wahai perempuan? Mengapa tidak kita berubah, berusaha menjadi muslimah sejati agar mereka dapat diselamatkan daripada ditarik ke Neraka.

Marilah kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan lelaki ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA PEREMPUAN. Mereka bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung, apetah lagi, menampung dosa kita.



Ciri-ciri Muslimah Sejati

Solat tepat waktu
Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
Bercakap dengan rendah suara.
Lembut dan halus tingkahlakunya.
Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
Pandai mengambil hati orang tua.
Menghormati dan taat ibubapa.
Kesayangan keluarga dan tetangga.
Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
Rambut tak diwarnakan.
Banyak dan murah dengan senyuman.
Banyak mendengar dari bercakap.
Senyuman adalah ketawanya.
Tidak ketawa terbahak-bahak.
Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


"Jangan hanya keranamu, ayah, suami, abang dan anak lelakimu jadi tarikan ke Neraka kelak, sendirian di Neraka

HANYA KERANA DOSAMU

oleh sebab hidayah Allah yang telah kau abaikan."

pesanan untuk diri sendiri.. pesanan utk seseorg yg bernama NUR SURAYA BINTI MOHD ROSLAN...

nie jugak utk adik2, kwn2, dan smua muslimah2..

insya ALLAH...

semoga kita smua menjd MUSLIMAH SEJATI... aminn....

ilmi-islam

saya suka bc website ilmi-islam.. mcm2 yg ada dlm website nie... pasal motivasi, kehidupa.. yg paling sy suka ada byk222 artikel psl islam - pasal pergaulan, ALLAH etc... nie link utk website tue.. click laa yea...

tekan sini



smoga kita sama2 dpt ilmu yg bermanfaat, insyaALLAH... =D