Thursday, December 27, 2012

B dah kaweeen - pt.2-

L.O.V.E




 nak post psl baju kawen B jaa... hihihi


suami mithali nie.... in shaa Allah....




Sunday, December 9, 2012

B dah kawennn...

Dah genap seminggu dh B kawen...
B nie kawan ms zaman sekolah menengah...
nama sebenar B, Fadhilah Nabiha Bt Azhar...
nama manja pendek, B....

Majlis akad nikah : 30 November 2012
Kenduri : 1 December 2012


Yat dan pengantin gambaq pengantin
p/s: muka yat mcm siti nurhaliza versi pkai tudung kan kan....
Yat, pun kawan ms sekolah menengah jugak...
nama sebenar, Siti Nurul Hayatie Ishak a.k.a Yat.. *siap bgtau nm sbnr lg*
Bakal lecturer Uitm....

Nie baru laa pengantin.. yat n B (biha)...

my B yg dh jadi 'B' org lain..... Pn Nabiha....

Intan




to my B:
semoga jadi isteri yg solehah
semoga dpt ramai anak...
I love you ^____^

Monday, November 26, 2012

save GAZA - part II



save GAZA

A : apa yg tejadi di GAZA??....
 B : hang xtau ka?.... 
A : GAZA tue apa?... nm tmpat ka?... atau makanan?... 
B : -.-" 
 B : Gaza tue nm tempat laa... hg tgk tv x?...
 A : tgk laa jugak, km suka berita sukan... 
 B : ok, *dush*
 B : mai sini km habaq kat hg.... pd suatu hari.......hehehe... ok, nie apa yg km baca kat
Serangan dahsyat tentera Zionis Israel ke atas penduduk Gaza merupakan hanya salah satu rentetan dari sejarah keganasan mereka sejak lebih 60 tahun lalu. Tidak siapa dapat melupakan penyembelihan amat dahsyat yang mereka lakukan di Sabra dan Shatila pada bulan September 1982. Ada yang melaporkan tragedi Sabra dan Shatila mengorbankan 3500 orang, walaupun peristiwa itu tidak dapat dilaporkan dengan tepat kerana strategi Israel laknatullah menyekat kemasukan media dan seterusnya menghapuskan sebarang kesan atau bukti aksi kebinatangan mereka tersebut. Penghuni Sabra dan Shatila dibunuh beramai-ramai, bayi-bayi dalam buaian disembelih, wanita-wanita diperkosa... apa lagi kalau tidak disebut sebagai aksi binatang, bahkan jauh lebih hina dari binatang yang tidak berakal. Itulah bala tentera kejam yang dipimpin oleh Ariel Sharon menggunakan militia Palangis untuk melakukan kemusnahan. Zionis akan terus melakar sejarah besar sebegitu. Permusuhan Zionis dan sekutunya terhadap mereka yang menentang perancangan jahat mereka tidak akan terhenti sehinggalah mereka menjadi raja dan menghapuskan semua makhluk penentang tadi. Mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu tanpa rasa takut kepada sesiapa saja. Namun kita yakin Allah tidak akan mengizinkan begitu. Apa lagi di atas bumi Palestin yang mulia dan suci. Sebuah hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari berbunyi, "Akan sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah "Di Baitul Maqdis dan sekitarnya." Sungguh, kejadian peperangan di Gaza menyaksikan betapa benarnya ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah saw. Suka saya berkongsi sedikit maklumat yang disampaikan oleh seorang jurucakap kanan kepada kerajaan Palestin di Gaza, Dr Sami Abu Zuhri, bersama seorang lagi pejuang Palestin Ahmad Husein Abu Husam yang sempat singgah di negara kita untuk menceritakan apa yang telah berlaku di Gaza dan Palestin secara umumnya. Sebagaimana yang kita maklum, serangan ke atas Gaza didahului dengan kepungan yang amat dahsyat selama setahun setengah. Akibat kepungan dan sekatan tersebut, penduduk Gaza tidak mendapat bekalan asas seperti makanan, ubatan, elektrik dan sebagainya. Rakyat Gaza hidup dalam serba kesusahan, tidak mempunyai perkerjaan untuk menyara keluarga, disekat dari dunia luar. Itu semua adalah satu usaha untuk membenamkan penentangan rakyat Palestin terhadap Israel. Tetapi usaha itu ternyata gagal. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah tadi, bumi Palestin melahirkan jiwa-jiwa yang sentiasa berjuang memikul kebenaran, menentang musuh-musuh mereka. Bukan saja dari kalangan pemuda dan lelaki dewasa, bahkan kanak-kanak dan wanita mereka juga berjiwa demikian. Apabila kepungan itu gagal maka barulah mereka berusaha untuk melakukan serangan ke atas Gaza. Tetapi malang bagi Zionis Israel dan sekutunya, serangan itu juga gagal. Antara usaha mereka ialah untuk menghancurkan pejuang-pejuang Palestin, termasuklah kerajaan sah pilihan rakyat Palestin iaitu Hamas. Kata Dr Sami Abu Zuhri, "Tetapi Hamas masih kekal dan boleh berkunjung ke merata dunia, termasuk Malaysia," (untuk menerangkan apa yang berlaku di Gaza.)   Peperangan di Gaza melibatkan penggunaan teknologi dan senjata yang sangat canggih. Malahan, tentera Zionis mengerahkan lebih 100 buah jet pejuang F-16 buatan Amerika yang termoden, disamping menggunakan peluru berpandu dan peluru kimia. Tetapi malangnya jet-jet dan semua senjata ini digunakan untuk menghadapi wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan lemah, berterusan tanpa henti selama 3 minggu.   Menurut Dr Sami, apa yang tentera Zionis lakukan dalam serangan ini ialah menghancurkan rumah, hospital dan kemudahan awam. Mereka mengumpulkan keluarga-keluarga yang banyak dalam sebuah rumah dan di situ mereka dibunuh dan dihancurkan dengan bom. Sekolah-sekolah diruntuhkan, dan semua universiti dimusnahkan dengan letupan bom. Antara senjata yang digunakan ini adalah senjata yang diharamkan di peringkat antarabangsa, sampai ke peringkat yang boleh mengugurkan daging daripada tulang-tulang manusia.   Kata Dr Sami lagi, "Serangan ini juga bertujuan untuk menjadikan Gaza dan Hamas menyerah, tetapi Hamas terus melakukan tentangan yang diketuai oleh Briged al-Qassam. Roket-roket dapat dilancarkan oleh Briged al-Qassam walaupun mereka menghadapi serangan bertubi-tubi daripada jet pejuang Israel. Roket-roket al-Qassam tidak hanya mengenai kawasan sekitar Gaza, tetapi juga di beberapa tempat strategik di beberapa bandar Israel. Usaha menjatuhkan Gaza gagal, dan pejuang-pejuang Palestin dan Hamas berjaya, bahkan mereka dapat menghadapi semua itu dengan kejayaan."   Spesifikasi teknikal roket yang digunakan Briged al-Qassam hanya boleh mencecah sekitar 40km sahaja. Tetapi dalam peperangan menentang Zionis ini, roket tersebut boleh sampai ke kawasan hampir dengan Tel Aviv, iaitu lebih dari 60km. Hanya Allah yang Maha Tahu bagaimana roket-roket itu boleh sampai ke sana, malahan mengenai sasaran strategik seperti kem pertahanan Israel.   Ada dua objektif utama serangan Israel terhadap Gaza, iaitu untuk menghancurkan roket-roket Briged al-Qassam dan seterusnya menghancurkan pejuang Palestin termasuk kerajaan Hamas. Tetapi kedua-duanya gagal dilakukan Israel. Malahan kanak-kanak dan wanita-wanita Gaza juga bersama menghadapi penentangan tersebut, bukan hanya sekadar memberi sokongan. Rakyat Gaza kini berebut untuk berjuang menentang Israel. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kerajaan di Gaza, sebagaimana dinyatakan oleh Ahmad Husein bahawa Perdana Menteri, Ustaz Ismail Haneyya, juga turut ke perbatasan memikul senjata.    Banyak terdapat mukjizat yang menunjukkan pertolongan Allah. Kata Dr Sami, "Apa yang berlaku ke atas Gaza tidak dapat dinilai berdasarkan nilaian material. Tapi saya yakin, sesungguhnya Allah bersama dengan kami. Kerana itulah kejayaan dapat ditempuhi oleh Gaza dan (pejuang Palestin) Hamas."   Tentera Israel telah membuat pengakuan bahawa mereka dapat menyaksikan tentera yang berpakaian putih, tetapi sebenarnya tentera mujahidin di Gaza tidak mempunyai pakaian begitu. Ada juga yang menyaksikan seorang tentera berpakaian putih yang tingginya sampai ke langit.   "Ada juga tentera Israel yang tidak dapat melihat kerana dia merasakan salah seorang dari tentera mujahidin telah mencampakkan kepada mereka sesuatu yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat. Allah swt berfirman, 'sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan tolong kamu dan menetapkan langkah-langkah kamu.' Oleh itu kami sangat yakin pertolongan Allah turun di Gaza, kerana itu kami mencapai kemenangan," hujah Dr Sami lagi.   Ahmad Husein sempat juga menceritakan bagaimana seorang pemuda Palestin yang berwasiat supaya dikebumikan bersebelahan kuburan ayahnya yang telah syahid 6 tahun lalu. Apabila pemuda tersebut syahid, digali kuburan bersebelahan ayahnya sebagai memenuhi hajat beliau. Sangat mengejutkan apabila mereka dapati kain kafan ayahnya yang syahid 6 tahun lalu masih elok dan mayatnya berbau wangi seperti kasturi. Dr Sami menyambung syarahannya, "Pada musim panas yang lalu Gaza telah mengeluarkan 5,000 hafiz al-Quran. Dan kami akan menyediakan untuk musim panas yang akan datang 10,000 hafiz al-Quran. Oleh kerana itu kami sangat yakin bahawa mereka (usaha serangan Israel) akan gagal." Begitulah hakikat kekuatan yang ada pada Palestin. Malahan apa yang terjadi di Gaza tentu membingungkan rejim Zionis dan sekutunya. Bagaimana negara yang begitu kecil dan sekian lama disekat daripada dunia luar mampu bertahan menghalau tentera penceroboh dari menakluki bumi mereka?   "Mungkin anda saksikan di media bahawa Gaza itu sebuah negara yang besar. Tapi sebenarnya ia adalah sebuah negara yang kecil, lebih kurang 360km persegi. Walaupun negara ini kecil, kami dapat menghadapi serangan yang begitu hebat daripada Yahudi. Dan kejayaan yang diperolehi begitu besar, lebih besar daripada apa yang berlaku pada 1967," ujar Dr Sami lagi.   Walaupun merasa amat bersyukur atas kekuatan dan kemenangan yang dicapai, Dr Sami merasakan bahawa Palestin sangat memerlukan bantuan untuk membina semula negaranya yang musnah. Sokongan dari seluruh dunia terhadap perjuangan Palestin kini menyerlah. Konspirasi Zionis tidak lagi dapat mengelaburi mata manusia yang melihat dan berfikir. "Benar, Gaza telah berjaya tetapi kita yakin peperangan ini belum berakhir. Di sana terdapat 10,000 rakyat yang masih belum memiliki rumah dan sempadan masih lagi ditutup, mereka masih lagi dikepung. Oleh kerana itu kami menyeru anda semua untuk terus memberikan sokongan dan bantuan dalam segala bentuk, kami masih lagi menderita dengan pelbagai penderitaan," kata Dr Sami.   Bagi pihak kerajaan Palestin di Gaza, mereka juga melakukan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pegawai Mesir yang bertujuan supaya pintu dibuka dan bantuan dapat masuk ke sana.   Rejim Zionis meletakkan kamera dan kawalan di sempadan untuk memastikan bahawa senjata tidak masuk ke Gaza. Begitu juga mereka meletakkan penguasaan di laut untuk memastikan senjata tidak masuk ke Gaza. "Tetapi kami ingin jelaskan bahawa kami akan memperoleh senjata tersebut daripada bawah bumi ataupun dari atas bumi. Penentangan ini akan berterusan dan kami bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan," tegas Dr Sami. Yang jelas, kekejaman Zionis Israel tidak hanya berlaku di Gaza. Ketika mata dunia terpacak ke Gaza, Zionis terus melaksanakan perancangan mereka di Tebing Barat, khususnya di sekitar Masjid al-Aqsa. Malahan mereka terus menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa sebagai usaha untuk cuba meruntuhkan masjid mulia tersebut. Itulah yang mereka rancangkan sejak puluhan tahun yang lalu, iaitu untuk membina "Haikal Sulaiman" di atas runtuhan Masjid al-Aqsa dan seterusnya menjadikan Baitumaqdis sebagai pusat pemerintahan Zionis antarabangsa. Dr Sami menegaskan, "penjajahan masih berterusan dan kami yakin bahawa permusuhan ini akan berterusan. Oleh kerana itu kami akan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa penentangan Hamas terhadap rejim Israel bukan hanya di Gaza tetapi juga sudah pastinya di al-Quds dan masjid al-Aqsa. Penentangan ini akan berterusan, Gaza adalah merupakan satu permulaan bukan pengakhiran. Kami akan meneruskan perjuangan ini." "Peperangan ini merupakan peperangan yang bersifat antarabangsa yang sebenar kerana ia melibatkan pihak-pihak di semua peringkat antarabangsa dan serantau. Kita yakin konspirasi yang mereka lakukan ini akan gagal. Sebenarnya dunia keseluruhannya bersatu bersungguh-sungguh untuk menentang Islam, maka anda hendaklah bersama dengan kami membantu memenangkan Islam," jelasnya lagi. Dalam mengakhiri kuliahnya, Dr Sami terus memberi pesanan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam. "Peperangan di Gaza bukan hanya untuk membela dan menjaga Palestin tetapi sebenarnya untuk menjaga kemuliaan Islam dan umat Islam. Oleh kerana itu jika sekiranya anda bersama dengan kami membantu Gaza dan pejuang Palestin, maka itu beerti anda membela umat Islam keseluruhannya," sambung Dr Sami.   Inilah janji Dr Sami sebagai mewakili pejuang Islam di Palestin, "Apa yang mereka (Zionis) kehendaki adalah supaya kita (pejuang Palestin dan Hamas) menyerah diri dan mengiktiraf Israel. Tetapi saya tegaskan bahawa Hamas sama sekali tidak akan tunduk dan menyerah diri kepada Israel. Hamas berjanji kepada Allah untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke penghujung jalan kerana apa yang kami lakukan adalah samada kemenangan atau mati syahid di jalan Allah. Itulah juga janji kami kepada anda sekelian." Begitu tersentuh hati saya dengan kata-kata tersebut, sehingga menitis air mata. Memang, sudah berkali-kali air mata saya menitis melihatkan sengsara mereka, tetapi kali ini saya begitu sebak kerana memikirkan betapa mereka berjuang memikul bebanan seluruh umat Islam menentang agenda kufar. Mereka menyerahkan segala apa yang ada, termasuklah jasad dan roh mereka, untuk menentang Zionis laknatullah. Sedangkan kita masih dibuai kemewahan, dan terus mengejar kemewahan, tanpa sedikitpun merasa pedih sebagaimana mereka berhadapan dengan peluru dan bom Israel. Mereka sekian lama ditindas, tetapi kita tidak lansung peduli dan terus sibuk dengan kehidupan seharian kita.   "Matlamat kami adalah untuk mencapai kemenangan atau syahid di jalan Allah swt. Sebagaimana kami tegaskan sebelum ini. Kami akan terus dengan perjuangan ini. Maka kami berharap anda sekelian juga terus dalam perjuangan ini. InsyaAllah kemenangan akan bersama dengan Islam." Itulah ayat terakhir Dr Sami dalam syarahannya.   Sebagai memenuhi permintaan kepada satu nasihat, Ahmad Husein menjawab, "Anda mempunyai peranan yang besar. Pertamanya gunakanlah suara anda, nyatakan sikap dan fakta yang betul berkenaan perjuangan di Palestin. Juga, hulurkanlah doa terutamanya di waktu malam. Doa adalah senjata untuk orang Mukmin. Kemudiannya, sumbangkanlah sedikit dari harta anda. Gaza memerlukan wang yang banyak untuk dibangunkan semula." Ya! Kita ada peranan yang besar, walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke bumi Palestin. Lakukanlah saranan itu semaksima yang boleh, agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Yakinlah, yakinlah, bahawa kita semua akan disoal di akhirat kelak. Rugilah kita jika hanya mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tindakan yang bersungguh-sungguh! Renungkanlah ayat berikut sebagai amaran dan motivasi kepada kita: “Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), ‘Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.’” [Surah Al-Munaafiqun ayat ke-10]....
 B : ok, mmg panjang ckit.. tp kita kena tau pasai nie... km pun bc dgn tgk berita kt tv pasai nie...
A : ok2 ^__^

Friday, November 23, 2012

senyom design studio

sangat suka dengan produk2 hasil kreatif dr senyom design studio.... try tgk nie... smua gmbr yg di edit ++ kata motivasi + ayat2 dr al-quran & hadis, saannngggaaattttt lah bermakna n motivate... i likeeee it....

Wednesday, October 24, 2012

my convocation

dah 2 minggu konvo berlalu, baru nak update skarang... -.-' tp, malas nak taip pjg2... jadi nak post gmbar ja.... hihihi....

Friday, September 21, 2012

serius... MALU

bila bc balik entry lama2, ms mula2 wat blog Ya ALLAH, malu glerrrr..... rs mcm nk sorok muka dlm bantal...
rasa nk gelak pun ada... entry mmg mcm x matang sgt.... *skarang mcm dh matang.. heeee* gaya bahasa, mmg out laa... klu cikgu norazah @ cikgu roimirus bc blog nie, mmg rasa sedih glerr... ayat mmg tunggang-langgang... apa2 pun, nie kira pengalaman.. dulu gaya penulisan, mungkin terabur ckit... pengalaman yg buat kita semakin matang *ada kaitan ka??*

ISLAM Kinetic Typography (playlist)

Thursday, September 20, 2012

selepas 6 bulan

x sangka dh 6 bulan x update blog...
siap private lg.. *ok, bajet retiss laa nie*

reason private blog???
erm, xtau laa knapa.. tetiba rs nk private + malas nk update...
tetiba skarang rindu glerr nak menaip....

so, lps 6 bulan..
inilah entry yg pertama....

selepas dh bertukar status... dan dh x jadi student lg *sedihh ;( *
OFFICIALLY GRADUATED from UIA.... alhamdulillah...
selepas 6 thn blajar engineering ^___~

Tuesday, March 20, 2012

Malacca oh Melaka

dah lama x update blog sbb bz gilerr
*bz ka, suraya???*

nak update "event" yg lpas..
sem nie pegi melaka.. yeayyy...
buat pertama kalinya, ok.... =D

mmg plan dlm ms semggu jaaa...
tq kat pc utk program nie: Adibah
tq kat kwn2 yg lain: atie, saidah, ain...

tq sbb plan baik pnya utk kita..
ms nie, sy ngan nana bz gilerr sbb USC.. heeee
















Sunday, February 19, 2012



"Try not to take things personally, what people often say is a reflection of them and not you."